top of page

Mesti ramai bidadari penggemar fesyen telah memiliki blouse dan dress Peplum. Semua orang tertumpu kepada rekaan peplum seperti cahaya sportlight  memancar kepada pakaian ber'peplum' hingga menjadi trend masa kini. Mungkin juga sebahagian dari kalian yang pernah dengar namanya tapi tidak tahu rupa dan asal-usul Peplum. Hari ini Sis Ain Melur fokuskan lighting penulisan kepada Trend Peplum.

SEJARAH PEPLUM

 

Trend Peplum adalah ulangan di dalam sejarah fesyen. Peplum popular pada abad 20-an iaitu pada tahun 1940-an hingga 1980-an. Sejak kebelakangan ini Trend Peplum telah mula kembali di dalam abad yang baru dan ia menonjol pada tahun 2012 Sping / Summer. 

Peplum berasal dari bahasa Greek iaitu Peplos yang membawa maksud selendang. Peplum di takrifkan sebagai pakaian yang mempunyai flared ruffle (kembang berombak) melekat pada baju di bahagian pinggang. Kecil di pinggang dan kembang di bahagian bawahnya.

Di zaman dahulu Peplum hanya di ikat sahaja oleh wanita Greek di pinggang menggunakan tali.   Pada zaman Perang Dunia Ke-2, 1945-1960 Peplum mula di pakai oleh wanita-wanita Inggeris & Peplum telah di ubah suai mengikut pakaian pada waktu itu.

 

 

PEPLUM HARI INI

Peplum telah di reka dengan imaginasi yang maksimum oleh pereka-pereka fesyen dalam dan luar negara. Saya tertarik dengan satu rekaan peplum oleh Rizalman. Beliau adalah pereka fesyen yang hebat di Malaysia dan sangat di kenali hasil kerjanya yang sangat baik. Rekaan kurung moden peplum yang "Luar Biasa" bisa membuatkan bidadari -bidadari pencinta fesyen berebut untuk mendapatkan rekaan beliau itu. Yang paling penting sekali adalah, ada hadiah istimewa dari usahawan fesyen untuk bidadari muslimah yang menginginkan rekaan peplum untuk muslimah. Ada pelbagai pilihan jenama dan rekaan peplum buat muslimah di jual online kini.

ABOUT

FOLLOW US

Anda digalakkan untuk membuat tempahan sekurang-kurangya sebulan dari tarikh pengambilan. Sila hubungi 017-8470075 atau WhatApp sebelum datang membuat tempahan.

COLLECTIONS

UNIFORM SEKOLAH

BAJU KURUNG TRADISIONAL

BAJU KURUNG MODEN

BAJU KURUNG PAHANG

BAJU KEBAYA

JUBAH

BAJU MELAYU LELAKI

 

 

TWITTER

FACEBOOK

YOUTUBE

  • Twitter Square
  • Facebook Square
  • YouTube Square
bottom of page