
Safiah's
Tailoring
PAKAIAN bukan setakat membaluti tubuh seseorang bahkan menjadi lambang budaya sesuatu kaum.
Secara umumnya kita ketahui Baju Kurung juga lebih dikenali sebagai Baju Kurung Teluk Belanga atau Baju Kurung Johor. Apabila disebut Baju Kurung Teluk Belanga tergambarlah kepada kita pakaian yang labuh besar dan menyelubungi seluruh badan dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut.Namun begitu baju ini sentiasa menjadi pilihan wanita Melayu samada sebagai pakaian apabila ke majlis rasmi ataupun sebagai pakaian harian kepejabat sahaja. Baju ini juga biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan amat sesuai dipakai pada Hari Raya. Pakaian ini menampilkan ciri-ciri keayuan dan kesopanan kepada pemakainya selain menambahkan kelembutan kepada gerak geri seorang gadis yang berpadanan pula dengan personaliti Melayu sejati.
PERSEMBAHAN WONDERGIRLS PAKAI BAJU KURUNG
Ternyata kumpulan wanita K-POP dari Korea membuat kejutan kepada peminat mereka di Malaysia,tatkala memakai baju tradisional melayu baju kurung pada persembahan konsert Wonder World Tour in Malaysia 2012 yang berlangsung pada 13 Oktober di Stadium Negara,Kuala Lumpur.
Sambil menyampaikan lagu popular mereka berjudul Be My Baby, ahli kumpulan Wonder Girls yang tampil memakai baju kurung bercorak seragam pelbagai warna kelihatan bersahaja dengan tarian mereka yang memukau hampir 5 ribu orang yang menyaksikan persembahan mereka malam itu.
Secara tidak langsung ianya telah mempromosikan baju tradisional orang melayu,difahamkan penampilan mereka juga menjadi topik utama media dan peminat di Korea.



